Sunday 27 November 2011

ASSALAMUALAIKUM....

HARI INI SAYA INGIN BERKONGSI BERSAMA ANDA MENGENAI AIR : )



Thaharah (Macam-Macam Air)

Secara umum Thaharah bermaksud bersuci. Menurut syara’ thaharah bermaksud suci dari hadas dan najis.

Suci dari hadas iaitu dengan cara melaksanakan wudhu, mandi dan tayamum. Dan suci dari najis iaitu menghilangkan najis yang ada di badan, tempat dan pakaian.


* Macam-Macam Air

Air yang boleh digunakani untuk bersuci adalah air yang bersih (suci dan mensucikan) iaitu air yang turun dari langit atau yang keluar dari bumi yang belum pernah dipakai untuk bersuci.

1. Air hujan                     5. Air salju

2. Air mata air                    6. Air telaga

3. Air laut                       7. Air embun.

4. Air sungai


· Pembagian Air

Apabila lihat dari segi hukumnya maka air dibagi dalam empat bagian:

1. Air suci dan mensucikan. Yang dimaksud dengan air suci dan mensucikan ialah air yang masih murni dan dapat digunakan untuk bersuci dengan tidak makruh atau disebut juga air mutlak  .


2. Air suci dan dapat mensucikan, tetapi makruh untuk digunakan bersuci. Apa itu air suci mensucikan tapi makruh? Ya inilah air musyammas iaitu air yang didedahkan dibawah cahaya matahari di dalam tempat logam yang bukan emas. Namun jika bekas atau tempat yang digunakan terbuat dari logam iitu emas maka air tetap menjadi suci dan mensucikan dan tidak makruh digunakan bersuci.


3. Air suci tapi tidak dapat mensucikan. iaitu air musta’mal, air yang telah digunakan untuk bersuci menghilangkan hadas atau menghilangkan najis walaupun air tersebut tidak berubah rupa, rasa dan baunya.


4. Air mutanajis iaitu air yang telah terkena najis atau kena najis, air  yang kurang dari dua kolah, maka air itu tidak suci. Namun ada ketentuan lain, jika air melebihi dua kolah dan air tidak berubah sifatnya maka air berubah status menjadi sah digunakan untuk bersuci.
Dua kolah sama dengan 216 liter,  maka ukurannya iaitu 60 cm2 atau panjang 60 cm, tinggi/dalam 60 cm.


Peringatan!!!

Ada satu macam lagi air iaitu air suci dan mensucikan tetapi haram memakainya. Hmmm… jelas hukumnya menjadi haram karana air jenis ini iaitu jenis air dari barang curian atau mengambil tanpa izin.

3 comments:

  1. bkn men lawo lg blog ko ni haa..taw lak wat..:-)

    ReplyDelete
  2. mner ade ler...ak minx tlong org ler...kalo ak nk wat mmg x ler....hehe..

    ReplyDelete