Sunday 27 November 2011

MEMPELAJARI TENTANG NAJIS !!

ASSALAMUALAIKUM....

BERSAMA SAYA USTAZAH NOOR ZULAIQHA DALAM MEMPELAJARI BAB NAJIS PADA HARI INI : )


Terdapat pelbagai jenis Najis


Najis ialah barang atau benda yang dikategorikan kotor oleh hukum syara’, misalnya:


1. Bangkai, kecuali manusia, ikan dan belalang. Khusus belalang dan ikan masih boleh dimakan asalkan tidak berbau dan rupanya tidak banyak berubah.

2. Darah

3. Nanah

4. Segala sesuatu yang keluar dari kubul dan dubur

5. Anjing dan babi

6. Minuman keras, seperti arak dan sebagainya

7. Bahagian dari badan binatang yang terpisah karana dipotong dan sebagainya selagi masih hidup.


· Pembagian Najis

* Najis itu dibagi menjadi tiga bagian:

1.  Najis mukhaffafah disebut juga najis RINGAN. Contoh dari najis ini adalah air kencing kanak-kanak lelaki yang belum berumur dua tahun dan belum pernah makan apapun selain dari air susu ibunya.

2.  Najis mughallazhah disebut sebagai najis BERAT. Contohnya najis anjing dan babi serta keturunannya.

3.  Najis mutawassithah disebut sebagai najis SEDERHANA. Contoh dari najis ini adalah yang selain dari dua jenis najis di atas ditambahkan seperti sesuatu yang keluar daru kubul dan dubur manusia dan haiwan, kecuali air mani, susu haiwan yang tidak halal dimakan, bangkai, tulang dan bulunya, kecuali bangkai manusia, ikan dan belalang.


Najis ini dibagi menjadi dua bagian:

1. Najis a’iniyah ialah najis yang berwujud iaitu yang nampak dilihat oleh mata kasar.

2. Najis hukmiyah ialah najis yang tidak terlihat bendanya, seperti bekas kencing atau arak kering dan lain sebagainya.


· Cara Menyucikan Najis

1. Barang atau benda yang terkena najis mukhaffafah iaitu dengan cara cukup memercikkan air ke tempat najis tersebut.


2. Barang dan benda yang terkena najis mughallazhah seperti jilatan anjing atau babi iaitu wajib dibasuh 7 (tujuh) kali dan salah satu diantaranya dengan air  tanah.


3. Barang dan benda yang terkena najis mutawassithah dapat suci kembali dengan cara dibasuh sekali asalkan sifat-sifat dari najisnya (warna, bau, rasa) itu hilang. Adapun 3 kali basuh atau cuci itu lebih baik.

Jika itu najis golongan hukmiyah maka cukup dengan mengalirkan air ke tempat yang telah terkena najis.


· Najis yang dimaafkan (Ma’fu)


Apa  yang dimaksudkan dengan air yang dimaafkan? Najis yang dimaafkan ini tidaklah perlu di basuh/cuci, misalnya najis bangkai haiwan yang tidak mengalir darahnya, darah atau nanah yang sedikit, debu dan air  yang susah untuk dihindari.

Adapun tikus ataupun cicak yang jatuh ke dalam minyak atau makanan yang beku maka minya dan makanan yang wajib di buang itu adalah bagian yang dikenai saja, tapi jika hal yang dikenainya itu berbentuk cair maka semuanya wajib di buang karana hukumnya najis, karana yang demikian itu sukar untuk membezakan yang najis dan tidak.


· Istinjak

Segala bentuk yang keluar dari kubul dan dubur seperti air kecil dan air besar maka wajib di basuh dan disucikan dengan air hingga bersih


· Adab Buang Air Besar

1. Jangan di tempat yang terbuka

2. Jangan di tempat yang dapat mengganggu orang lain

3. Jangan berbicara kecuali dalam keadaan terpaksa

4. Kalau terpaksa membuang air di tempat terbuka, hendaknya jangan menghadap kiblat

5. Jangan membawa atau membaca kalimat Alquran.

No comments:

Post a Comment